Jalan ke Geylang Serai

Salam sejahtera, semua! Tidak harus saya lupakan tentang persiapan saya sebelum Hari Aidilfitri. Persiapan kami sekeluarga bermula dari cadangan ke Geylang. Kami telah menolak pada siang hari bagi mengelakkan kesibukkan kenderaan di jalan raya.

Kami berjalan-jalan di pelbagai tempat di Geylang. Sesampai kami di kawasan Geylang kami pergi ke Joo Chiat Shopping Complex dahulu. Di situlah, tempat pertama kami mencari bahan-bahan yang diperlukan untuk persiapan Hari Aidilfitri. Malangnya , tidak kami mencari bahan-bahannya, malah, kami berjalan-jalan menikmati udara hawa dingin kerana di situ tidak dapat kami mendapat apa yang diperlukan.

Setelah itu, saya dan nenek saya berjalan ke Pasar Geylang. Setelah kami puas dengan barang yang telah kami beli, kami pun pulang ke rumah.
Walaupun saya berasa letih, saya berasa seronok atas barang yang akan dipasang pada esok hari.

Syahidin

Salam Aidilfitri kepada semua orang

Peperiksaan Terkini

Kembali lagi, semua. Setiap tahun, tidak kira murid itu belajar atau tidak, dia akan menghadapi peperiksaan yang akan menentukan peringkat seterusnya pada tahun hadapan.

Justeru, bagi sesiapa yang selalu dapat mendapatkan kecermelangan dalam peringkat yang seterusnya, dia telah menggunakan masanya dengan berfaedah. Dia bukan sahaja mendengar ajaran daripada guru di sekolah tetapi dia juga mengulangkaji di rumah untuk mengelak dari melupanya.

Tidak lama lagi, peperiksaan akan bermula. Peperiksaan ini agak penting bagi saya disebabkan dengan dua sebab. Pertama, peperiksaan ini akan menentukan aliran yang akan murid-murid mempelajari dalam. Saya akan memastikan yang saya berada di aliran ekspres pada tahun yang akan datang.

Kedua, saya hendak mendapat kedudukkan dari sepuluh ke atas. Malah, saya harus belajar dengan keras dengan memelihara waktu dengan cermat. Tidak harus kita
belajar dengan keras pada mulanya sahaja seperti bak peribahasa, 'hangat-hangat tahi ayam' tetapi belajar sehingga akhir hayat.

Syahidin


Hari Aidilfitri

Sudah lama belum saya menulis kiriman di blog saya. Mujurlah, pada masa ini, saya akan mengatakan tentang bagaimana saya menyambut Hari Aidilfitri bersama keluarga saya.

Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Aidilfitri. Seperti biasa, saya sekeluarga akan bersiap-sedia untuk menyambutnya. Kami akan segera mencantikkan rumah kami dengan mengelap cermin dan lain-lain lagi.

Pada tahun ini, kami sekeluarga telah mendatangi dengan idea yang sangat istimewa. Kami telah bercadang untuk memecah gerobok di dapur. Setelah itu, kami akan menggantikan dengan gerobok baru yang akan dibeli di ikEA.

Saya berasa sangat riang kerana akan mendapatkan gerobok yang baru dan akan dapat untuk menolong ibubapa membinanya. Kami bukan sahaja akan mendapatkan gerobok yang baru tetapi dinding yang baru dicat. Kami akan mengecat dinding kami semula dengan cat putih.

Dengan semua perkara yang telah digantikan dan dibaikikan, kami bukan sahaja mendapat erumah yang bersih atau teratur tetapi dapur yang baru disiapkan!

Syahidin