Jalan ke Geylang Serai

Salam sejahtera, semua! Tidak harus saya lupakan tentang persiapan saya sebelum Hari Aidilfitri. Persiapan kami sekeluarga bermula dari cadangan ke Geylang. Kami telah menolak pada siang hari bagi mengelakkan kesibukkan kenderaan di jalan raya.

Kami berjalan-jalan di pelbagai tempat di Geylang. Sesampai kami di kawasan Geylang kami pergi ke Joo Chiat Shopping Complex dahulu. Di situlah, tempat pertama kami mencari bahan-bahan yang diperlukan untuk persiapan Hari Aidilfitri. Malangnya , tidak kami mencari bahan-bahannya, malah, kami berjalan-jalan menikmati udara hawa dingin kerana di situ tidak dapat kami mendapat apa yang diperlukan.

Setelah itu, saya dan nenek saya berjalan ke Pasar Geylang. Setelah kami puas dengan barang yang telah kami beli, kami pun pulang ke rumah.
Walaupun saya berasa letih, saya berasa seronok atas barang yang akan dipasang pada esok hari.

Syahidin

Salam Aidilfitri kepada semua orang

Peperiksaan Terkini

Kembali lagi, semua. Setiap tahun, tidak kira murid itu belajar atau tidak, dia akan menghadapi peperiksaan yang akan menentukan peringkat seterusnya pada tahun hadapan.

Justeru, bagi sesiapa yang selalu dapat mendapatkan kecermelangan dalam peringkat yang seterusnya, dia telah menggunakan masanya dengan berfaedah. Dia bukan sahaja mendengar ajaran daripada guru di sekolah tetapi dia juga mengulangkaji di rumah untuk mengelak dari melupanya.

Tidak lama lagi, peperiksaan akan bermula. Peperiksaan ini agak penting bagi saya disebabkan dengan dua sebab. Pertama, peperiksaan ini akan menentukan aliran yang akan murid-murid mempelajari dalam. Saya akan memastikan yang saya berada di aliran ekspres pada tahun yang akan datang.

Kedua, saya hendak mendapat kedudukkan dari sepuluh ke atas. Malah, saya harus belajar dengan keras dengan memelihara waktu dengan cermat. Tidak harus kita
belajar dengan keras pada mulanya sahaja seperti bak peribahasa, 'hangat-hangat tahi ayam' tetapi belajar sehingga akhir hayat.

Syahidin


Hari Aidilfitri

Sudah lama belum saya menulis kiriman di blog saya. Mujurlah, pada masa ini, saya akan mengatakan tentang bagaimana saya menyambut Hari Aidilfitri bersama keluarga saya.

Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Aidilfitri. Seperti biasa, saya sekeluarga akan bersiap-sedia untuk menyambutnya. Kami akan segera mencantikkan rumah kami dengan mengelap cermin dan lain-lain lagi.

Pada tahun ini, kami sekeluarga telah mendatangi dengan idea yang sangat istimewa. Kami telah bercadang untuk memecah gerobok di dapur. Setelah itu, kami akan menggantikan dengan gerobok baru yang akan dibeli di ikEA.

Saya berasa sangat riang kerana akan mendapatkan gerobok yang baru dan akan dapat untuk menolong ibubapa membinanya. Kami bukan sahaja akan mendapatkan gerobok yang baru tetapi dinding yang baru dicat. Kami akan mengecat dinding kami semula dengan cat putih.

Dengan semua perkara yang telah digantikan dan dibaikikan, kami bukan sahaja mendapat erumah yang bersih atau teratur tetapi dapur yang baru disiapkan!

Syahidin

Rukun Islam

Setiap tahun, sebelum saya mengunjungi Bulan Ramadan, saya selalu membuat persiapan untuknya. Saya akan cuba berpuasa sebelum Bulan Ramadan supaya badan saya berasa bersedia untuknya. Ini juga akan mengurangkan sakit perut, sakit badan dan sebagainya. Saya akan cuba untuk menyimpan janggut untuk mewujudkan pahala permulaan di Bulan Ramadan.

Bulan Ramadan pun sudah tiba. Inilah bulan saya telah lama menanti-nantikan. Bulan inilah harus kita meningkatkan keimanan kita. Kita bukan sahaja harus menahan kehausan atau kelaparan kita, malahan kita harus menjaga nafsu kita dengan baik-baik. Pada waktu pagi kita diwajibkan untuk berpuasa dan pada waktu malam, kita pula disunatkan untuk berterawih.

Cobaannya sangat besar. Saya sentiasa menghadapi perasaan penat. Di bulan inilah tidah harus kita meninggalkan membaca Al-Quran kerana ia adalah Kalamullah, kata-kata Allah. Harap kita akan diberkati dengan barakah dan rahmat dari Allah s.w.t. Insyaa-Allah.

Syahidin

Bahasa Jawi.

Bagi kiriman terakhir saya, saya hendak menceritakan tentang Tulisan Jawi. Tulisan yang jarang ditemui di zaman sekarang di Singapura kecuali orang-orang yang pergi ke madrasah untuk belajar baca dan menulis bahasa Jawi. Untuk mengelakkan Bahasa Jawi dihisap, pergilah belajar bahasa Jawi.

Tulisan Jawi merupakan seni tulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kewujudtannya telah membawa kecantumman dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan jawi berasal yang dari tulisan Arab telah membawa ke dalam sistem Bahasa Melayu kita. Tulisan jawi adalah tulisan rasmi bagi negera Brunei. Ia juga digunakan dengan meluas di Malaysia, Filipin dan Indonesia.


Tulisan Jawi adalah antara tulisan yang terawal yang telah ditemui. Pada masa dahulu, tulisan jawi telah menjadi peranan penting di masyarakat melayu kerana ia digunakan di segala urusan sebagai contoh dagangan. Ia adalah mustahak untuk membuat kejanjian antara pedagang-pedagang. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 ditulis dalam abjad Jawi.

Ini sahaja saya sanggup ceritakan tentang Tulisan Jawi. Sekian terima Kasih.


Syahidin

Makanan Tradisional Melayu

Hai semua! Saya akan membincangkan kepada anda tentang lauk-pauk melayu. Lauk-pauk ini boleh didapati di majlis perkahwinan. Ia terdiri dari pelbagai jenis atau hidangan. Pada hari ini, saya akan memberitahu anda tentang 4 hidangan iaitu rendang, serunding, sambal belacan dan sambal goreng.



Nama hidangan ini adalah rendang. Ia berasal dari Minangkabau, kumpulan dari Indonesia. Hidangan ini juga terkenal di Singapura dan Malaysia. Lauk ini kelihatan seperti kari tetapi ia juga memberi makna bahawa hidangan ini adalah daging yang diselimuti oleh kari. Kadang-kala, rendang dihidang dengan nasi, ketupat dan lemang di Indonesia, dan juga di Malaysia.




Sambal Belacan adalah nama hidangan ini. Sambalnya sangat terkenal di Indonesia, Malaysia, Singapura, selatan Filipin dan Sri Lanka. Ia juga terkenal di Belanda dan di Suriname atas kesebaran orang Indonesia pada masa itu. Itu mengandungi pelbagai jenis lada. Sambalnya akan bertambah lazat dan pedas apabila ladanya segar.



Serunding adalah hidangan yang mengandungi rempah. Ia akan dimasak hingga kering, kadang-kala berminyak supaya boleh tahan lama terutama serunding daging. Serunding berasal dari Negeri Kelantan Darulnaim. Ia selalunya dimasak pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.


Sambal goreng adalah hidangan yang sangat istimewa. Dagingnya akan dicampur dengan sayur-sayur yang diselimuti dengan kelapa sayce yang mempunyai bau yang aromatik. Sambal goreng selalunya dihidang pada bulan Ramadhan di Indonesia.

Saya akan berhenti di sini sahaja untuk topik ini. Terima kasih kerana membaca.

Syahidin