Setiap tahun, sebelum saya mengunjungi Bulan Ramadan, saya selalu membuat persiapan untuknya. Saya akan cuba berpuasa sebelum Bulan Ramadan supaya badan saya berasa bersedia untuknya. Ini juga akan mengurangkan sakit perut, sakit badan dan sebagainya. Saya akan cuba untuk menyimpan janggut untuk mewujudkan pahala permulaan di Bulan Ramadan.
Bulan Ramadan pun sudah tiba. Inilah bulan saya telah lama menanti-nantikan. Bulan inilah harus kita meningkatkan keimanan kita. Kita bukan sahaja harus menahan kehausan atau kelaparan kita, malahan kita harus menjaga nafsu kita dengan baik-baik. Pada waktu pagi kita diwajibkan untuk berpuasa dan pada waktu malam, kita pula disunatkan untuk berterawih.
Cobaannya sangat besar. Saya sentiasa menghadapi perasaan penat. Di bulan inilah tidah harus kita meninggalkan membaca Al-Quran kerana ia adalah Kalamullah, kata-kata Allah. Harap kita akan diberkati dengan barakah dan rahmat dari Allah s.w.t. Insyaa-Allah.
Syahidin