Silat dipelajari untuk mempertahankan diri dari bahaya dengan jiwa yang bersih. Jiw yang bersih boleh didapati dengan mengingatkan terhadap Tuhan di setiap masa bukan apabila dalam kesusahan atau kekalahan. Tanpa perkara tersebut, mempelajarinya boleh menyebabkan perdayaan terhadap jiwa kita dengan menghapuskan kesucian jiwa kita. Kita akan menimbulkan sikap riak, bangga dan menunjuk-nunjuk disebabkan kekuatan yang ada pada pesilat. Ini telah menjadi peringatan dari ayah saya.
Banyak kisah telah dinyatakan. Ia bermula dari ayahnya yang telah mewajibkan anak lelakinya untuk mempelajari silat hingga sampai ke peringkat dewasa. Tidak diketahui oleh ayahnya, anaknya boleh menggunakan kekuatannya untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti memasuki pergaduhan antara orang-orang kampung. Tidak lama kemudian, dia akan memaksa ayahnya untuk memberi harta ayahnya. Pada masa ini , ayahnya akan menyesali atas perbuatannya itu. Sudah kita ketahui, semuanya sudah terlambat untuk menukar sikap anaknya itu. Justeru, berfikirlah dengan lebih mendalami terhadap kebaikkan dan keburukkannya sebelum mempelajarinya.
Silat itu berasal dari Archipelago Melayu dan Peninsula Melayu. Silat diperbaiki di Indonesia, peninsular Malaysia, Thailand and Singapura. Silat dilatih secara tradisional di Brunei, the Filipin, Cemboja, Myanmar dan Vietnam. Justeru, silat mempunyai kesamaan dengan krabi krabong and eskrima. Panggilan seorang pelatih silat adalah pesilat.
Pada zaman dahulu, silat dilatih bagi memburu binatang di hutan dan latihan militan. Sambil seseorang itu memburu, dia akan memerhatikan penggerakkan binatang tersebut. Ia dipercayai bahawa penggerakkan silat wujud disebabkan dengan penggerakkan binatang pada masa itu. Justeru, pesilat mengikut penggerakkan binatang. Permerhatian itu berlaku di Sumatra, Indonesia.
Ada banyak sekali jenis-jenis silat Melayu. Marilah kita lihat silat yang sangat menarik;
1.silat kuntao tekpi( diwujudkan oleh Panglima dari Kedah)
Silat yang menggunakan senjata
2.Silat angin( diwujudkan oleh Yap Mat di Kedah pada 1977)
3.Silat embo( diwujudkan di Penang)
Silat akan menjadi peranan penting dalam masyarakat melayu kerana silat megambil berat tentang perlindungan.
Syahidin