Diperlihatkan daripada umat Islam pada zaman ini, ramai di kalangan kami tidak mematuhi perintah yang telah ditentukan oleh Allah. Oleh itu, ramai mengatakan bahawa Hari Kiamat sudah dekat disebabkan dengan beberapa perkara(tanda-tanda kecil) yang telah terjadi pada zaman ini iaitu;
1. Banyak bangunan mencakar langit sebagai contoh Burj di Dubai
2. Masjid tersergah indah, tetapi kosong dari hidayah
Sebesar-besar masjidnya itu, tidak ramai orang beribadat di dalamnya.
3. Dari Saiyidina Ali r.a., Rasullulah telah bersabda bahawa satu masa akan tiba, di mana, tidak tinggal lagi umat Islam kecuali dengan namanya
Seseorang itu beragama Islam tetapi tidak mempraktikkan apa yang diperintahkan oleh Allah.
4. Tidak tinggal Al-Quran kecuali tulisannya
Ramai orang tidak memahami berat untuk belajar dan memahami isi kandungan Al-Quran.
Justeru, marilah sama-sama, kita meningkatkan ilmu pengetahuan kita supaya kita tidak akan mengabaikan perintah-perintah Allah dan jauhi larangan-laranganNYA. Insyaa-allah.
Syahidin
0 ulasan:
Catat Ulasan