Pakaian Tradisional Melayu

Selamat datang semula! Sekarang saya akan membicarakan tentang Pakaian Tradisional Melayu. Ia telah menjadi pakaian biasa kepada masyarakat melayu. Pakaian-pakaian ini selalunya dipakai pada majlis seperti majlis perkahwinan dan sebagainya. Ia datang dalam pelbagai jenis. Di dalam kiriman saya, saya akan memberitahu anda tentang 3 jenis pakaian melayu iaitu baju kebaya, baju melayu dan baju melayu.




Baju Kebaya ada pelbagai jenis, baju kebaya nyonya, baju kebaya panjang dan sebagainya. Ia dipercayai bahawa baju kebaya ini dipakai oleh wanita-wanita di Indonesia, Malaysia, Brunei, Burma, Singapura, selatan Siam and some parts of Kemboja. Baju Kebaya ini selalunya dipakai dengan sarong atau batik kain panjang.

Baju Melayu adalah baju tradisional untuk lelaki. Ia terdiri dari 2 bahagian. Pertama sekali lengan bajunya yang panjang hingga ke pegelangan tangan dan yang mempunyai colar. Kedua, seluarnya yang menutup hingga ke buku lali. Baju Melayu ini juga mengandungi songkok.



Baju Kurung dipakai oleh kedua perempuan dan lelaki. Ia dipercayai bahawa baju ini berasal dari Johor. Perlainannya antara baju bagi lelaki dan perempuan adalah baju bagi lelaki mempunyai 3 kocek tetapi bagi perempuannya, bajunya mempunyai 1 kocek. Erti 'kurung' adalah menutup anggota badan. Ini membawa maksud juga bahawa baju kurung ini longgar dan selesa

Itu sahaja saya hendak membicarakan. Jumpa lagi di kiriman lain.


Syahidin




0 ulasan: