Sambutan Hari Raya

Bulan Puasa itu dikenali sebagai Bulan Ramadan, bulan sebelum Bulan Syawal, di mana di bulan itu kami menyambut Hari Raya Aidilfitri.


Sebagai seorang Islam, kami diwajibkan untuk berpuasa. Kami berpuasa setiap hari dari pukul 6 pagi hingga pada pukul 7 petang. Sebelum kami berpuasa, kami akan bersahur, makan sebelum terbit fajar. Setelah 12 jam berpuasa, barulah kami berbuka, makan setelah masuk matahari, apabila hari sedang senja. Apabila kami sedang berpuasa, kami dilarang untuk memakan dan meminum. Bukan itu sahaja harus kami jagakan tetapi nafsu yang kita miliki. Kami harus sentiasa bersabar dan membuang sikap buruk yang ada pada kami. Kami juga harus mempunyai fikiran yang suci. Justeru, mengumpullah pahala pada bulan untuk diangkat darjat oleh Allah.


Setelah berbuka, kami disunatkan untuk bersolat Terawih. Bulan Ramadan dianggap bulan yang senang untuk mendapat pahala kerana pintu neraka tertutup. Pada bulan inilah harus kami mohon ampunan dari Allah.


Datanglah Hari Raya Aidilfitri selepas bulan puasa. Bulan ini adalah hadiah daripada Allah kerana telah berpuasa 30 hari dengan sempurna. Setelah solat Hari Raya, kami akan pulang ke rumah masing-masing untuk memohon maaf antara satu sama lain.


Syahidin

0 ulasan: