Sudah menjadi kebiasaan kepada ramai orang untuk memenangi peraduan yang mereka sertai. Kemenanganlah yang membawa kita ke destinasi yang hendak kita berada. Pada pendapat saya, peraduan bukan sahaja tentang kemenangan tetapi juga untuk memperbaiki diri sendiri. Justeru, janganlah membiarkan kesedihan memiliki kita. Malahan, fikirkanlah dengan lebih mendalami tentang kelemahan dan kekuatan yang telah kita luahkan di dalam peraduan tadi.
Nama saya ialah Md.Al-Aminnur Syahidin dari Sekolah Menengah Northbrooks. Pada pendapat saya, Blog Bahasa Melayu diciptakan untuk melatih dan memperbaiki bahasa melayu kita seperti kosa kata atau kadang-kala, boleh dikatakan juga, untuk menyertai peraduan. Ini adalah satu daripada cara untuk memperbaiki kosa kata kami. Kita pun boleh membaca buku. Justeru, mengambillah masa untuk membuat demikian sebelum bahasa melayu kita terhisap dari generasi ini.
Saya diberitahu oleh guru saya tentang peraduan ini. Malah, saya dengan tidak sabar menyertainya. Bagi saya, apa yang dipelajari atau mengambil dari peraduan ini yang mustahak bukan tentang kemenangan atau hadiah yang akan dimenangi.
Saya menganggap ini sebagai cabaran. Harapan saya di dalam peraduan ini adalah untuk mempelajari sesuatu yang tidak saya ketahui dan jikalau boleh saya hendak membawa sesuatu pulang dari peraduan ini. Sekian. Terima kasih.
Syahidin
0 ulasan:
Catat Ulasan