Hai, semua. Pada hari ini, saya akan membincangkan pula tentang tarian yang berbeza. Sebelum itu, mari kita kenali tarian dengan lebih lanjut. Seoarang penari akan menari mengikut rentak muzik. Tarian boleh bersendirian atau berkumpulan. Penari-penari tersebut akan sentiasa diiringi oleh si penyanyi.
Di sini ada empat jenis tarian; tarian zapin, tarian sumazau tarian lilin dan tarian ngajat.
Tarian Zapir yang berasal dari Yaman. Tarian ini disebarkan ke tempat seperti Semanjung Tanah Melayu dan kepulauan Borneo. Tarian Zapir masih dilatih di negera seperti Malaysia , Brunei , Singapura dan Indonesia.
Tarian Sumazau sangat terkenal dikalangan Sabah dan seluruh negara Malaysia. Tarian tersebut telah diinspirasi oleh orang kampung yang melihat burung-burung yang bertebangan apabila mereka sedang menjaga kebun mereka. Bagi tarian ini, ia diiringi oleh gong dan sebagainya.

Tarian Lilin yang berasal di Indonesia. Penari-penari tersebut akan diiringi oleh sekumpulan penyanyi atau pemuzik. Perlainan tarian antara tarian-tarian yang lain adalah penari mesti memegang piring yang berlilin sambil menari. Justeru, mereka harus berhati-hati supaya api yang dinyala itu tidak terhapus.

Tarian Ngajat sangat terkenal di Serawak. Tarian Ngajat selalunya dipersembahkan untuk menyambut Hari Gawai. Ini terjadi sebelum orang-orang Iban pergi untuk berperang dan selepas musim menuai. Penari-penari tersebut akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Mereka akan juga memakai bulu burung di atas kepalanya.
Menarik, kan semua jenis tarian ini?
Syahidin
0 ulasan:
Catat Ulasan