Saya berasa sangat bangga mempunyai ibubapa yang saling memahami kemampuan antara satu sama lain. Saya berasa bahagia kerana mendapat menyegarkan fikiran saya dengan bejalan-jalan bersama mereka.
Saya sekeluarga berangat ke johor bahru pagi itu. Kita makan sarapan setibanya di johor bahru. Makanannya enak sekali. Setelah semua selesai makan sarapan, kita beredar ke rumah saudara saya. Kami pergi untuk menziarahi mak cik kami yang sedang menghidap penyakit. Dia seorang guru ngaji yang dihormati oleh ramai orang. Saya berasa kagum atas kesabarannya terhadap cobaan Allah. Kami sekeluarga dijemput untuk memakan makanan yang telah dihidangkan oleh mereka.
Selepas itu, kami singgah di rumah mak cik kami. Ayah saya berehat sementara menunggu saya, adik dan ibu saya mencuci kereta. Jam menunjukkan pukul 6 petang. Kami pun bersiap sedia untuk pulang ke Singapura.
Kami tidak pulang terus ke rumah tetapi kami ke Marina Bay untuk menikmati keindahan bunga api. Bunyinya sangat kuat dan menakutkan. Kami mengambil gambar juga. Saya berasa sangat riang walaupun berasa sangat letih hari itu. Anda boleh melihatnya minggu depan atau minggu seterusnya.
Syahidin
0 ulasan:
Catat Ulasan