Jalan ke Geylang Serai

Salam sejahtera, semua! Tidak harus saya lupakan tentang persiapan saya sebelum Hari Aidilfitri. Persiapan kami sekeluarga bermula dari cadangan ke Geylang. Kami telah menolak pada siang hari bagi mengelakkan kesibukkan kenderaan di jalan raya.

Kami berjalan-jalan di pelbagai tempat di Geylang. Sesampai kami di kawasan Geylang kami pergi ke Joo Chiat Shopping Complex dahulu. Di situlah, tempat pertama kami mencari bahan-bahan yang diperlukan untuk persiapan Hari Aidilfitri. Malangnya , tidak kami mencari bahan-bahannya, malah, kami berjalan-jalan menikmati udara hawa dingin kerana di situ tidak dapat kami mendapat apa yang diperlukan.

Setelah itu, saya dan nenek saya berjalan ke Pasar Geylang. Setelah kami puas dengan barang yang telah kami beli, kami pun pulang ke rumah.
Walaupun saya berasa letih, saya berasa seronok atas barang yang akan dipasang pada esok hari.

Syahidin

Salam Aidilfitri kepada semua orang

Peperiksaan Terkini

Kembali lagi, semua. Setiap tahun, tidak kira murid itu belajar atau tidak, dia akan menghadapi peperiksaan yang akan menentukan peringkat seterusnya pada tahun hadapan.

Justeru, bagi sesiapa yang selalu dapat mendapatkan kecermelangan dalam peringkat yang seterusnya, dia telah menggunakan masanya dengan berfaedah. Dia bukan sahaja mendengar ajaran daripada guru di sekolah tetapi dia juga mengulangkaji di rumah untuk mengelak dari melupanya.

Tidak lama lagi, peperiksaan akan bermula. Peperiksaan ini agak penting bagi saya disebabkan dengan dua sebab. Pertama, peperiksaan ini akan menentukan aliran yang akan murid-murid mempelajari dalam. Saya akan memastikan yang saya berada di aliran ekspres pada tahun yang akan datang.

Kedua, saya hendak mendapat kedudukkan dari sepuluh ke atas. Malah, saya harus belajar dengan keras dengan memelihara waktu dengan cermat. Tidak harus kita
belajar dengan keras pada mulanya sahaja seperti bak peribahasa, 'hangat-hangat tahi ayam' tetapi belajar sehingga akhir hayat.

Syahidin


Hari Aidilfitri

Sudah lama belum saya menulis kiriman di blog saya. Mujurlah, pada masa ini, saya akan mengatakan tentang bagaimana saya menyambut Hari Aidilfitri bersama keluarga saya.

Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Aidilfitri. Seperti biasa, saya sekeluarga akan bersiap-sedia untuk menyambutnya. Kami akan segera mencantikkan rumah kami dengan mengelap cermin dan lain-lain lagi.

Pada tahun ini, kami sekeluarga telah mendatangi dengan idea yang sangat istimewa. Kami telah bercadang untuk memecah gerobok di dapur. Setelah itu, kami akan menggantikan dengan gerobok baru yang akan dibeli di ikEA.

Saya berasa sangat riang kerana akan mendapatkan gerobok yang baru dan akan dapat untuk menolong ibubapa membinanya. Kami bukan sahaja akan mendapatkan gerobok yang baru tetapi dinding yang baru dicat. Kami akan mengecat dinding kami semula dengan cat putih.

Dengan semua perkara yang telah digantikan dan dibaikikan, kami bukan sahaja mendapat erumah yang bersih atau teratur tetapi dapur yang baru disiapkan!

Syahidin

Rukun Islam

Setiap tahun, sebelum saya mengunjungi Bulan Ramadan, saya selalu membuat persiapan untuknya. Saya akan cuba berpuasa sebelum Bulan Ramadan supaya badan saya berasa bersedia untuknya. Ini juga akan mengurangkan sakit perut, sakit badan dan sebagainya. Saya akan cuba untuk menyimpan janggut untuk mewujudkan pahala permulaan di Bulan Ramadan.

Bulan Ramadan pun sudah tiba. Inilah bulan saya telah lama menanti-nantikan. Bulan inilah harus kita meningkatkan keimanan kita. Kita bukan sahaja harus menahan kehausan atau kelaparan kita, malahan kita harus menjaga nafsu kita dengan baik-baik. Pada waktu pagi kita diwajibkan untuk berpuasa dan pada waktu malam, kita pula disunatkan untuk berterawih.

Cobaannya sangat besar. Saya sentiasa menghadapi perasaan penat. Di bulan inilah tidah harus kita meninggalkan membaca Al-Quran kerana ia adalah Kalamullah, kata-kata Allah. Harap kita akan diberkati dengan barakah dan rahmat dari Allah s.w.t. Insyaa-Allah.

Syahidin

Bahasa Jawi.

Bagi kiriman terakhir saya, saya hendak menceritakan tentang Tulisan Jawi. Tulisan yang jarang ditemui di zaman sekarang di Singapura kecuali orang-orang yang pergi ke madrasah untuk belajar baca dan menulis bahasa Jawi. Untuk mengelakkan Bahasa Jawi dihisap, pergilah belajar bahasa Jawi.

Tulisan Jawi merupakan seni tulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kewujudtannya telah membawa kecantumman dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan jawi berasal yang dari tulisan Arab telah membawa ke dalam sistem Bahasa Melayu kita. Tulisan jawi adalah tulisan rasmi bagi negera Brunei. Ia juga digunakan dengan meluas di Malaysia, Filipin dan Indonesia.


Tulisan Jawi adalah antara tulisan yang terawal yang telah ditemui. Pada masa dahulu, tulisan jawi telah menjadi peranan penting di masyarakat melayu kerana ia digunakan di segala urusan sebagai contoh dagangan. Ia adalah mustahak untuk membuat kejanjian antara pedagang-pedagang. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 ditulis dalam abjad Jawi.

Ini sahaja saya sanggup ceritakan tentang Tulisan Jawi. Sekian terima Kasih.


Syahidin

Makanan Tradisional Melayu

Hai semua! Saya akan membincangkan kepada anda tentang lauk-pauk melayu. Lauk-pauk ini boleh didapati di majlis perkahwinan. Ia terdiri dari pelbagai jenis atau hidangan. Pada hari ini, saya akan memberitahu anda tentang 4 hidangan iaitu rendang, serunding, sambal belacan dan sambal goreng.



Nama hidangan ini adalah rendang. Ia berasal dari Minangkabau, kumpulan dari Indonesia. Hidangan ini juga terkenal di Singapura dan Malaysia. Lauk ini kelihatan seperti kari tetapi ia juga memberi makna bahawa hidangan ini adalah daging yang diselimuti oleh kari. Kadang-kala, rendang dihidang dengan nasi, ketupat dan lemang di Indonesia, dan juga di Malaysia.




Sambal Belacan adalah nama hidangan ini. Sambalnya sangat terkenal di Indonesia, Malaysia, Singapura, selatan Filipin dan Sri Lanka. Ia juga terkenal di Belanda dan di Suriname atas kesebaran orang Indonesia pada masa itu. Itu mengandungi pelbagai jenis lada. Sambalnya akan bertambah lazat dan pedas apabila ladanya segar.



Serunding adalah hidangan yang mengandungi rempah. Ia akan dimasak hingga kering, kadang-kala berminyak supaya boleh tahan lama terutama serunding daging. Serunding berasal dari Negeri Kelantan Darulnaim. Ia selalunya dimasak pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.


Sambal goreng adalah hidangan yang sangat istimewa. Dagingnya akan dicampur dengan sayur-sayur yang diselimuti dengan kelapa sayce yang mempunyai bau yang aromatik. Sambal goreng selalunya dihidang pada bulan Ramadhan di Indonesia.

Saya akan berhenti di sini sahaja untuk topik ini. Terima kasih kerana membaca.

Syahidin

Batik

Kembali semula! Hari ini, saya akan memberitahu anda tentang Kain Batik yang diperbuat daripada tenunan. Ia berasal dari Jawa, dari dua bahagian, Yogyakarta and Surakarta. Kain batik terdiri dari 3 warna, coklat tua, biru muda dan putih. Setiap warna mengambangkan makna iaitu tuhan Hindu (Brahmā, Visnu, dan Śiva).


Pada masa dahulu, apabila orang-orang Java dijemput ke majlis, seseorang boleh tahu pangkat seseorang di istana hanya dengan melihat kain batik yang dipakai olehnya. Corak kain batik boleh didapati di negara-negara seperti Malaysia, Jepun, Cina, Azerbaijan, India, Sri Lanka, Mesir, Nigeria, Senegal, and Singapura.


Ia dipercayai bahawa tenunan terhadap kain telah wujud di Mesir pada 4 abad BCE. Ia digunakan untuk membalut mayat pada masa itu. Di sini sahaja harus anda tahu tentang Kain Batik.

Syahidin

Pakaian Tradisional Melayu

Selamat datang semula! Sekarang saya akan membicarakan tentang Pakaian Tradisional Melayu. Ia telah menjadi pakaian biasa kepada masyarakat melayu. Pakaian-pakaian ini selalunya dipakai pada majlis seperti majlis perkahwinan dan sebagainya. Ia datang dalam pelbagai jenis. Di dalam kiriman saya, saya akan memberitahu anda tentang 3 jenis pakaian melayu iaitu baju kebaya, baju melayu dan baju melayu.




Baju Kebaya ada pelbagai jenis, baju kebaya nyonya, baju kebaya panjang dan sebagainya. Ia dipercayai bahawa baju kebaya ini dipakai oleh wanita-wanita di Indonesia, Malaysia, Brunei, Burma, Singapura, selatan Siam and some parts of Kemboja. Baju Kebaya ini selalunya dipakai dengan sarong atau batik kain panjang.

Baju Melayu adalah baju tradisional untuk lelaki. Ia terdiri dari 2 bahagian. Pertama sekali lengan bajunya yang panjang hingga ke pegelangan tangan dan yang mempunyai colar. Kedua, seluarnya yang menutup hingga ke buku lali. Baju Melayu ini juga mengandungi songkok.



Baju Kurung dipakai oleh kedua perempuan dan lelaki. Ia dipercayai bahawa baju ini berasal dari Johor. Perlainannya antara baju bagi lelaki dan perempuan adalah baju bagi lelaki mempunyai 3 kocek tetapi bagi perempuannya, bajunya mempunyai 1 kocek. Erti 'kurung' adalah menutup anggota badan. Ini membawa maksud juga bahawa baju kurung ini longgar dan selesa

Itu sahaja saya hendak membicarakan. Jumpa lagi di kiriman lain.


Syahidin




Permainan MeLayu

Kembali lagi! Sekarang saya ingin memberitahu kepada anda tentang permainan tradisional melayu yang sangat menarik. Ia adalah wau bulan, gasing, congkak dan sepak takraw . Sebelum itu, marilah kita mengimbas kembali pada masa nenek moyang kita yang berusia kira-kira 7 tahun. Fikirkanlah apa yang mereka akan melakukan tanpa kewujudkan teknologi. Pasti mereka akan bermain dengan permainan mereka iyu seperti congkak, wau dan sebagainya. Ini memastikan juga yang mereka selalu bertenaga dan sihat kerana mereka telah menikmati udara di luar dan juga matahari yang sinar terang- menerang ke arah mereka. Malah, penyakit jarang tersebar atas kesihatan mereka itu.



Wau adalah permainan yang diterbang di langit. Permainan ini sama dengan layang-layang. Perlainannya adalah bentuk-bentuk mereka. Ia dipercayai bahawa perkataan 'wau' itu didapati dari kerajaan melayu patani. Ia dimain secara pertandingan pada masa dahulu. Pertandingannya dibuka kepada seluruh umur. Pertandingan akan melihat atas kecantikkan bentuknya dan ukurannya.
















Gasing adalah permainan yang berpusing menggunakan tali yang panjang. Ia dimain di atas pasir. pada masa dahulu. orang kamoung memainnya pada masa menuai. Ia dipertandingan antara kampung. Pemain akan menang apabila gasingnya berhenti yang terakhir.

Congkak yang mempunyai maksud pengira mental. Ia telah disebar ke asia oleh pedagang-pedagang yang berhenti di Malaka untuk mengisi minyak ke dalam kapalnya. Pada masa itu, ia sangat terkenal di Melaka. Hingga hari ini Singapura. Borneo dan Melayu Peninsular masih main permainan ini. Pemain akan menggunakan biji guli atau getah untuk mengisi lubang-lubang yang dipanggil rumah.















Sepak Takraw yang dikenali sebagai Sepak Raga sangat terkenal di negara seperti di Malaysia, Thailand, Singapura, Myanmar, Vietnam, Camboja, Laos, Filipina and Indonesia. Pemain hanya dibenarkan untuk menggunakan kakinya, kepalanya and badannya untuk menggerakkannya.

Syahidin

Tarian

Hai, semua. Pada hari ini, saya akan membincangkan pula tentang tarian yang berbeza. Sebelum itu, mari kita kenali tarian dengan lebih lanjut. Seoarang penari akan menari mengikut rentak muzik. Tarian boleh bersendirian atau berkumpulan. Penari-penari tersebut akan sentiasa diiringi oleh si penyanyi.



Di sini ada empat jenis tarian; tarian zapin, tarian sumazau tarian lilin dan tarian ngajat.

Tarian Zapir yang berasal dari Yaman. Tarian ini disebarkan ke tempat seperti Semanjung Tanah Melayu dan kepulauan Borneo. Tarian Zapir masih dilatih di negera seperti Malaysia , Brunei , Singapura dan Indonesia.


Tarian Sumazau sangat terkenal dikalangan Sabah dan seluruh negara Malaysia. Tarian tersebut telah diinspirasi oleh orang kampung yang melihat burung-burung yang bertebangan apabila mereka sedang menjaga kebun mereka. Bagi tarian ini, ia diiringi oleh gong dan sebagainya.



Tarian Lilin yang berasal di Indonesia. Penari-penari tersebut akan diiringi oleh sekumpulan penyanyi atau pemuzik. Perlainan tarian antara tarian-tarian yang lain adalah penari mesti memegang piring yang berlilin sambil menari. Justeru, mereka harus berhati-hati supaya api yang dinyala itu tidak terhapus.



Tarian Ngajat sangat terkenal di Serawak. Tarian Ngajat selalunya dipersembahkan untuk menyambut Hari Gawai. Ini terjadi sebelum orang-orang Iban pergi untuk berperang dan selepas musim menuai. Penari-penari tersebut akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Mereka akan juga memakai bulu burung di atas kepalanya.


Menarik, kan semua jenis tarian ini?

Syahidin

Dikir Barat

Kembali semula! Sekarang saya akan membincangkan tentang dikir barat. Dikir barat tidak bermain menggunakan gitar atau sebagainya. Malah, mereka sentiasa menggunakan suara mereka yang megah dan kuat itu. Dikir barat selalunya dimain sebagai pertandingan. Setiap kumpulan mesti ada sepuluh ke lima belas orang.





Ia dipimpin oleh ketua kumpulan yang dinamakan 'tok juara'. Justeru, ia dikatakan bahawa untuk memenangi pertandingan tersebut adalah isinya dan juga kekuatan suara mereka.





Daripada 'tok juara', dikir barat mesti mempunyi 'tukang karut'. Dia adalah orang yang sangat penting kerana dialah yang menulis lirik merka sebelum mereka bertanding. Daripada, kiat semua boleh mempelajari bahawa dikir barak harus mempunyai kerjasama untuk bertanding.



Syahidin

Kuih-Muih

Makanan sudah menjadi harus kepada manusia. Malah, biarlah saya menerangkan kepada anda tentang beberapa kuih-muih yang boleh didapati di masyarakat melayu.
Pertama sekali, kuih batang namanya. Kuihnya sangat terkenal di Malaysia. Ia diperbuat dari tepung beras dan tepung kelapa. Setelah diguli menjadi bentuk silinder ia akan digoreng. Kacang hijau yang terdapat di dalam kuih tersebut.


Setelah itu, saya mempunyai dengan saya kuih Wajik. Ia dikatakan bahawa kuih ini sangat manis. Kemanisan itu datang dari gula melaka.
Terakhir sekali, namanya kuih Nagasaki. Kuihnya sangat unik. Ia mempunya pisang di dalamnya. Ia dimakan di Indonesia sebagai makanan ringkas. Disebabkan ia istimewa, saya akan memberikan resepinya.

Bahan-bahan: 1½ cawan (180 gm) tepung beras4½ cawan (1000 ml) santan pekat (dari 1 biji kelapa)½ cawan (110 gm) gula pasir2 helai daun pandan disimpul1 sudu teh garampisang raja/kepuk secukupnya (belah dua)daun pisang secukupnyaCara:1) Satukan tepung beras, santan, gula, garam dan daun pandan di dalam periuk.2) Kacau di atas api yg sederhana selama kira-kira 20 minit sehingga adunan pekat dan masak.3) Bubuh 2 sudu makan adunan di atas daun pisang yg telah dilayukan dan tekankan sekepingpisang keatasnya. Bubuh lagi 1-2 sudu makan adunan lalu bungkuslah dgn rapi.4) Kukus hingga masak selama kira-kira 30 minit.sumber : http://rozzan.blogspot.com/

Syahidin

Sambutan Hari Raya

Bulan Puasa itu dikenali sebagai Bulan Ramadan, bulan sebelum Bulan Syawal, di mana di bulan itu kami menyambut Hari Raya Aidilfitri.


Sebagai seorang Islam, kami diwajibkan untuk berpuasa. Kami berpuasa setiap hari dari pukul 6 pagi hingga pada pukul 7 petang. Sebelum kami berpuasa, kami akan bersahur, makan sebelum terbit fajar. Setelah 12 jam berpuasa, barulah kami berbuka, makan setelah masuk matahari, apabila hari sedang senja. Apabila kami sedang berpuasa, kami dilarang untuk memakan dan meminum. Bukan itu sahaja harus kami jagakan tetapi nafsu yang kita miliki. Kami harus sentiasa bersabar dan membuang sikap buruk yang ada pada kami. Kami juga harus mempunyai fikiran yang suci. Justeru, mengumpullah pahala pada bulan untuk diangkat darjat oleh Allah.


Setelah berbuka, kami disunatkan untuk bersolat Terawih. Bulan Ramadan dianggap bulan yang senang untuk mendapat pahala kerana pintu neraka tertutup. Pada bulan inilah harus kami mohon ampunan dari Allah.


Datanglah Hari Raya Aidilfitri selepas bulan puasa. Bulan ini adalah hadiah daripada Allah kerana telah berpuasa 30 hari dengan sempurna. Setelah solat Hari Raya, kami akan pulang ke rumah masing-masing untuk memohon maaf antara satu sama lain.


Syahidin

Hari Kiamat

Diperlihatkan daripada umat Islam pada zaman ini, ramai di kalangan kami tidak mematuhi perintah yang telah ditentukan oleh Allah. Oleh itu, ramai mengatakan bahawa Hari Kiamat sudah dekat disebabkan dengan beberapa perkara(tanda-tanda kecil) yang telah terjadi pada zaman ini iaitu;

1. Banyak bangunan mencakar langit sebagai contoh Burj di Dubai

2. Masjid tersergah indah, tetapi kosong dari hidayah
Sebesar-besar masjidnya itu, tidak ramai orang beribadat di dalamnya.

3. Dari Saiyidina Ali r.a., Rasullulah telah bersabda bahawa satu masa akan tiba, di mana, tidak tinggal lagi umat Islam kecuali dengan namanya
Seseorang itu beragama Islam tetapi tidak mempraktikkan apa yang diperintahkan oleh Allah.

4. Tidak tinggal Al-Quran kecuali tulisannya
Ramai orang tidak memahami berat untuk belajar dan memahami isi kandungan Al-Quran.

Justeru, marilah sama-sama, kita meningkatkan ilmu pengetahuan kita supaya kita tidak akan mengabaikan perintah-perintah Allah dan jauhi larangan-laranganNYA. Insyaa-allah.

Syahidin

Pantun Empat Kerat

Ini adalah 4 pantun empat kerat.

Baju belum angkat
Bertaubatlah sebelum terlambat
Hujan semakin lebat
Kerana hari kiamat sudah dekat

Apabila anda berasa sangat marah
bolehlah anda membaca pantun saya
Jikalau anda berasa marah
dengarlah nasihat daripada saya

Janganlah anda mengherdik Ali
Kerana ia akan membazirkan masa
Menafaslah anda beribu-ribu kali
Beradalah anda di situ sahaja

Lompat sikatak lompat
Lompat tinggi-tinggi
Apa adek dapat
Marah menjadi-jadi

Pak Aiman sakit tekak
Terpaksa ke pasar membeli ayam
Menangis terdesak-desak
Duitnya diambil Mariam

Pak osman ke kedai kopi
Untuk membeli sekeping roti
Sampai ke sana, jumpa pak kiyai
Yang sedang memakai topi


Syahidin

Makan Angin

Saya berasa sangat bangga mempunyai ibubapa yang saling memahami kemampuan antara satu sama lain. Saya berasa bahagia kerana mendapat menyegarkan fikiran saya dengan bejalan-jalan bersama mereka.

Saya sekeluarga berangat ke johor bahru pagi itu. Kita makan sarapan setibanya di johor bahru. Makanannya enak sekali. Setelah semua selesai makan sarapan, kita beredar ke rumah saudara saya. Kami pergi untuk menziarahi mak cik kami yang sedang menghidap penyakit. Dia seorang guru ngaji yang dihormati oleh ramai orang. Saya berasa kagum atas kesabarannya terhadap cobaan Allah. Kami sekeluarga dijemput untuk memakan makanan yang telah dihidangkan oleh mereka.

Selepas itu, kami singgah di rumah mak cik kami. Ayah saya berehat sementara menunggu saya, adik dan ibu saya mencuci kereta. Jam menunjukkan pukul 6 petang. Kami pun bersiap sedia untuk pulang ke Singapura.

Kami tidak pulang terus ke rumah tetapi kami ke Marina Bay untuk menikmati keindahan bunga api. Bunyinya sangat kuat dan menakutkan. Kami mengambil gambar juga. Saya berasa sangat riang walaupun berasa sangat letih hari itu. Anda boleh melihatnya minggu depan atau minggu seterusnya.

Syahidin

Silat

Silat dipelajari untuk mempertahankan diri dari bahaya dengan jiwa yang bersih. Jiw yang bersih boleh didapati dengan mengingatkan terhadap Tuhan di setiap masa bukan apabila dalam kesusahan atau kekalahan. Tanpa perkara tersebut, mempelajarinya boleh menyebabkan perdayaan terhadap jiwa kita dengan menghapuskan kesucian jiwa kita. Kita akan menimbulkan sikap riak, bangga dan menunjuk-nunjuk disebabkan kekuatan yang ada pada pesilat. Ini telah menjadi peringatan dari ayah saya.

Banyak kisah telah dinyatakan. Ia bermula dari ayahnya yang telah mewajibkan anak lelakinya untuk mempelajari silat hingga sampai ke peringkat dewasa. Tidak diketahui oleh ayahnya, anaknya boleh menggunakan kekuatannya untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti memasuki pergaduhan antara orang-orang kampung. Tidak lama kemudian, dia akan memaksa ayahnya untuk memberi harta ayahnya. Pada masa ini , ayahnya akan menyesali atas perbuatannya itu. Sudah kita ketahui, semuanya sudah terlambat untuk menukar sikap anaknya itu. Justeru, berfikirlah dengan lebih mendalami terhadap kebaikkan dan keburukkannya sebelum mempelajarinya.

Silat itu berasal dari Archipelago Melayu dan Peninsula Melayu. Silat diperbaiki di Indonesia, peninsular Malaysia, Thailand and Singapura. Silat dilatih secara tradisional di Brunei, the Filipin, Cemboja, Myanmar dan Vietnam. Justeru, silat mempunyai kesamaan dengan krabi krabong and eskrima. Panggilan seorang pelatih silat adalah pesilat.

Pada zaman dahulu, silat dilatih bagi memburu binatang di hutan dan latihan militan. Sambil seseorang itu memburu, dia akan memerhatikan penggerakkan binatang tersebut. Ia dipercayai bahawa penggerakkan silat wujud disebabkan dengan penggerakkan binatang pada masa itu. Justeru, pesilat mengikut penggerakkan binatang. Permerhatian itu berlaku di Sumatra, Indonesia.

Ada banyak sekali jenis-jenis silat Melayu. Marilah kita lihat silat yang sangat menarik;

1.silat kuntao tekpi( diwujudkan oleh Panglima dari Kedah)

Silat yang menggunakan senjata

2.Silat angin( diwujudkan oleh Yap Mat di Kedah pada 1977)

3.Silat embo( diwujudkan di Penang)

Silat akan menjadi peranan penting dalam masyarakat melayu kerana silat megambil berat tentang perlindungan.

Syahidin


Mengapa Blog Bahasa Melayu

Sudah menjadi kebiasaan kepada ramai orang untuk memenangi peraduan yang mereka sertai. Kemenanganlah yang membawa kita ke destinasi yang hendak kita berada. Pada pendapat saya, peraduan bukan sahaja tentang kemenangan tetapi juga untuk memperbaiki diri sendiri. Justeru, janganlah membiarkan kesedihan memiliki kita. Malahan, fikirkanlah dengan lebih mendalami tentang kelemahan dan kekuatan yang telah kita luahkan di dalam peraduan tadi.

Nama saya ialah Md.Al-Aminnur Syahidin dari Sekolah Menengah Northbrooks. Pada pendapat saya, Blog Bahasa Melayu diciptakan untuk melatih dan memperbaiki bahasa melayu kita seperti kosa kata atau kadang-kala, boleh dikatakan juga, untuk menyertai peraduan. Ini adalah satu daripada cara untuk memperbaiki kosa kata kami. Kita pun boleh membaca buku. Justeru, mengambillah masa untuk membuat demikian sebelum bahasa melayu kita terhisap dari generasi ini.

Saya diberitahu oleh guru saya tentang peraduan ini. Malah, saya dengan tidak sabar menyertainya. Bagi saya, apa yang dipelajari atau mengambil dari peraduan ini yang mustahak bukan tentang kemenangan atau hadiah yang akan dimenangi.
Saya menganggap ini sebagai cabaran. Harapan saya di dalam peraduan ini adalah untuk mempelajari sesuatu yang tidak saya ketahui dan jikalau boleh saya hendak membawa sesuatu pulang dari peraduan ini. Sekian. Terima kasih.

Syahidin